JKKK Kampung Baru Bukit Sedanan

Gerak Daya Wawasan

Sejarah Awal

Kampung Baru Bukit Sedanan mula dibuka pada tahun 1972 dari tanah hutan Kerajaan Negeri Melaka. Mempunyai keluasan 145 ekar (2km persegi). Jarak dari bandar-bandar terdekat seperti Bandar Melaka ialah 30km, Jasin ialah 16km manakala Alor Gajah ialah 17km.

Penduduk mula berpindah ke perkampungan ini pada tahun 1974 kerana perkampungan asal mereka terlibat dengan Projek Empangan Air Durian Tunggal. Penduduk yang terlibat idalam penempatan semula ini alah Kampung Machap Umboo, Kampung Machap Jementang, Kampung Machap Lama dan Kampung Machap Baru.

Seramai 47 keluarga Melayu, 3 keluarga Cina dan 3 keluarga India mula menduduki Kampung Baru Bukit Sedanan pada tahun 1974 yang ketika itu hanya mempunyai 15 buah rumah dari penduduk asal dan di bawah pentadbiran JKKK Kampung Machap Air Pasir, Alor Gajah, Melaka.

Ketika itu, Kampung Baru Bukit Sedanan mempunyai sebuah surau, 3 buah perigi sebagai sumber asas penduduk kampung dan sebuah sekolah kebangsaan yang masih dalam pembinaan.

Pada Februari 1975, Jawatankuasa Baru Kanpung Baru Bukit Sedanan telah ditubuhkan. Berikut ialah JK yang dilantik:
  • En. Abd. Rashid bin Mansor (Pengerusi)
  • En. MAnsor bin Baba (Naib Pengerusi)
  • En. Seman bin Johar (Bendahari)
  • Hj. Mad Dali bin Abu (AJK)
  • En. AHmad bin Rajak (AJK)
  • En. Baba bin Mat (AJK)
  • En. Abd. Rahman bin Abdullah (AJK)
Pada tahun 1976, bilangan keluarga telah bertambah kepada 53 buah keluarga.

Klik Kg Baru Bukit Sedanan untuk besarkan saiz peta.

Senarai Blog