JKKK Kampung Baru Bukit Sedanan

Gerak Daya Wawasan

Perlantikan JKKK (1979)

Pada tahun 1979, perlantikan JKKK telah dijalankan dan mereka yang dilantik ialah:
  • En. Abd Rahman bin Abdullah (Pengerusi)
  • En. Mansor bin Baba (Setiausaha)
  • Tuan Hj. Md. Dalin bin Abu (AJK)
  • En. Seman bin Johar (AJK)
  • En. Khamis bin Ninggal (AJK)
  • En. Jenal bin Harun (AJK)
  • Pn. Rokiah binti Md. Dali (AJK)
Pada tahun yang sama Belia 4B dan RELA ditubuhkan. Tidak lama selepas itu, KBBS mewujudkan Kampung Rancangan Desa Usaha (RDU) dan pemaju masyarakatnya ialah En. Mansor bin Baba dan penyelia kawasan En. Md. Jani bin Jendol. Kelas TABIKA dan ERT juga diwujudkan.

Pada tahun 1982, telah diadakan satu pelancaran Amanah Saham Nasional (ASN) peringkat kampung yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Ahmad bin Jais dan Pegawai Pemasaran ASN. Pelaburan sebanyak RM10.00 seorang.

Sekarang, pendudukan Kampung Baru Bukit Sedanan mempunyai penduduk seramai 669 orang yang terdiri daripada 113 buah keluarga.

Kemudahan Asas

Menjelang pilihanraya 1978, Kampung Baru Bukit Sedanan mula berubah wajah. Pembinaan jalanraya telah dijalankan di semua lorong/jalan penduduk kampung.

Bekalan elektrik juga disambungkan ke rumah-rumah dan lampu-lampu jalan dipasang. Bekalan air dengan pinjaman sebanyak RM300 bagi setiap keluarga telah diberikan.

Sebuah sekolah rendah juga turut dibina bagi memudahkan anak-anak penduduk belajar. Pada masa yang sama bantuan Rumah Rancangan Pemulihan Kampung (RPK) sebanyak RM1000 diberikan kepada setiap keluarga yang layak bagi membolehkan penduduk kampung menaiktaraf kehidupan mereka.

Penubuhan UMNO Cawangan

Pada tahun 1978, dengan kerjasama dan persetujuan semua penduduk kampung, Cawangan UMNO Kampung Baru Bukit Sedanan telah ditubuhkan dengan keahlian seramai 52 orang. Pertubuhan UMNO Cawangan ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Senator Hj Ahmad bin Hj. Isnin, Ketua UMNO Bahagian Jasin.

Pada tahun yang sama, pilihanraya umum telah diadakan di mana YAB Datuk Hj. Abd Ghani bin Ali dipilih menjadi Ketua Menteri, YB En. Abdul Ghafar bin Baba sebagai ahli parlimen dan YB En. Lim Soo Kiang sebagai ADUN.

Semasa kempen pilihanraya, UMNO Cawangan telah mendesak agar YB En. Abdul Ghafar bin Baba menyediakan kemudahan asas untuk penduduk Kampung Baru Bukit Sedanan (KBBS). Ketika itu, pengundi KBBS adalah seramai 82 orang.

Klik Kg Baru Bukit Sedanan untuk besarkan saiz peta.

Senarai Blog