Pada tahun 1979, perlantikan JKKK telah dijalankan dan mereka yang dilantik ialah:
- En. Abd Rahman bin Abdullah (Pengerusi)
- En. Mansor bin Baba (Setiausaha)
- Tuan Hj. Md. Dalin bin Abu (AJK)
- En. Seman bin Johar (AJK)
- En. Khamis bin Ninggal (AJK)
- En. Jenal bin Harun (AJK)
- Pn. Rokiah binti Md. Dali (AJK)
Pada tahun yang sama Belia 4B dan RELA ditubuhkan. Tidak lama selepas itu, KBBS mewujudkan Kampung Rancangan Desa Usaha (RDU) dan pemaju masyarakatnya ialah En. Mansor bin Baba dan penyelia kawasan En. Md. Jani bin Jendol. Kelas TABIKA dan ERT juga diwujudkan.
Pada tahun 1982, telah diadakan satu pelancaran Amanah Saham Nasional (ASN) peringkat kampung yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Ahmad bin Jais dan Pegawai Pemasaran ASN. Pelaburan sebanyak RM10.00 seorang.
Sekarang, pendudukan Kampung Baru Bukit Sedanan mempunyai penduduk seramai 669 orang yang terdiri daripada 113 buah keluarga.
Menjelang pilihanraya 1978, Kampung Baru Bukit Sedanan mula berubah wajah. Pembinaan jalanraya telah dijalankan di semua lorong/jalan penduduk kampung.
Bekalan elektrik juga disambungkan ke rumah-rumah dan lampu-lampu jalan dipasang. Bekalan air dengan pinjaman sebanyak RM300 bagi setiap keluarga telah diberikan.
Sebuah sekolah rendah juga turut dibina bagi memudahkan anak-anak penduduk belajar. Pada masa yang sama bantuan Rumah Rancangan Pemulihan Kampung (RPK) sebanyak RM1000 diberikan kepada setiap keluarga yang layak bagi membolehkan penduduk kampung menaiktaraf kehidupan mereka.